Sabtu, 25 Januari 2014

belati dalam diam dan kata

ada kata yang menghukum
ada diam yang menghukum

ada kata yang membunuh diam
ada diam yang membunuh kata

ada waktu-waktunya
kata dan diam ialah belati


rimanilzah
26-03-2013
kota romantis

Khamis, 23 Januari 2014

jenuh

kami berteleku dalam diam yang panjang. kami cuba memberi faham terhadap tajuk yang sama. tajuk yang sentiasa gagal kami bincang. hatta dalam waras. hatta dalam paranoid. kami pun mengambil kail masing-masing. kami pun mencari tasik masing-masing. di tasik berbeza dengan kail berbeza kami cuba mengail ikan yang sama. yang sangkut di mata kail hanyalah rumpair hijau. kami pun pulang. kali ini kami mencari arah kami sendiri. dan, kami terus berteleku dalam diam yang panjang.

23-01-2014
Restoran Eda, Simpang Empat Semanggol