Isnin, 29 Julai 2013

sajak malam lampu padam

tiga belas kali, beb
gua dah kahwin
sepuluh kali menang bergaya
ada sekali dengan gaya 69
gua hampir tumpas
yang kedua belas tercungap-cungap

ini yang ketiga belas, beb
round pertama buat gua cuak

tiba-tiba, lampu padam
round kedua gua sampai ke puncak
meski nafas tersekat di tekak

ahaks!

-rimanilzah-
05-08 05 2013

sajak untuk mak

mak
damailah di sana
rindu kami di sini
tak pernah putus
hanya doa tiap kali solat
hadiah buat mak

11-05-2013


kata

kata yang tersangkut
di celah tangga
diambilnya

kata itu diletaknya
di depan pintu
kata itu pun bangun
menjadi ingat

angin datang
ingat pun terbang

dia hanya
secebis sejarah
tiada apa
tiada apa
yang dapat
diubahnya

rimanilzah
10-05-2013

18

(selamat ulang tahun amira salma)

zaman ini zaman berat
yang lambat akan terlewat
yang cepat mesti berhemat

dalam mengejar di sini
di sana jangan lalaikan

hidup ialah kembara
ke dalam diri mencari diri
barangkali ditemukan mimpi
barangkali kandas dalam realiti

bangkit kalau jatuh
lawan kalau ditindas
awasi jerat dunia

hidup mesti terus, mira.


25-05-2013
bukit jana, kamunting

Rabu, 8 Mei 2013

sajak malam memanjang

ini malam memanjang
mengenang - kala kandil patah sumbu

rimanilzah
05-03-2013

dia yang tak punya jawapan

tiba masanya
aku tidak lagi peduli
aku mahu menerjah angkasa
dan berkhalwat di bulan

di bulan
aku ingin bertafakur
mahu masuk ke dalam diri
mencari diri

(yang hilang dibawa angin sangsi)

jangan pernah bertanya
kerna aku tak punya jawapan

(kalaupun ada jawapan - biarlah kusimpan
untuk nanti kujadikan antidot)


rimanilzah
20-03-2013
bukit jana

sajak pagi dini

ini pagi dini yang nyeri
kalam patah minda sesah
Tuhan, betapa kecil aku
menghadap besar duga

aku bawa ke dalam mimpi
moga bertemu kama yang nyali
namun hanya sepi
hanya sepi yang meniti
pagi dini ini

maafkan aku kerna terlewat
tiba
selepas hujan rinai semalam

rimanilzah

23-03-2013

sia(l)sah

tika kisah siasah
menyelusup ke dalam seluar
wajah kemaluan melayu
hanyalah plastik

dan, yang menjerit tentang akhlak
di dewan perhimpunan sebenarnya
hanya membogelkan diri di pentas

hei, inzalkah diri
membuka aib orang?

oh, ya... ini malaya, beb!



14-04-2013

sajak cinta pada hari penamaan

pada hari penamaan
dua dekad yang lalu
engkau menang tanpa bertanding

kita pun membentuk
kerajaan cinta yang kukuh
sehingga kini

meski, pernah engkau usul
undi tidak percaya
kudeta tidak pernah berlaku

rimanilzah
20-04-2013
 — di Taman Farhanas.

dia yang menyusur sungai sejarah

      "sayang sarawak sungainya sempit
       nakhoda kapal bersusah hati
       hendak kubawa perahu sempit
       hendak kutinggal tak sampai hati"


       (lirik lagu "sri sarawak" dendangan ishak haron)

sore itu, dia menyusur sungai sejarah
alir air memang nampak tenang
namun, pusar dalam jiwa siapa yang tahu

dia terhukum oleh sejarahnya sendiri
lalu ingin dia kembali ke hulu
memulakan langkah baru
meski di muara telah keruh berlumpur

ketika perahu tiba di jeti
dia berpaut pada tebing kenangan
berharap tidak jatuh - lalu
terkapai-kapai dalam arus serba salah

moga ada yang menghulurkan tangan
dia bimbang tenggelam
lemas dalam diri sendiri

rimanilzah
20-04-2013
 — di Water Front Sarawak.

sebaris sajak buat suri vi

cintaku kepadamu tak pernah selesai

rimanilzah
25-03-2013

pemilu

kami kutip mimpi semalam
dan meletakkannya di tebing harap
harap pun menjadi gunung
gunung itu kami daki meski lelah

ini kalilah

rimanilzah
26-04-2013
semanggol

Isnin, 15 April 2013

memo buat puteri kelopak pandan

kerna mira lahir daripada cinta
biarkan bayu damai mengelus hidup
selama-lamanya

ini baru inisiasi
tujuan masih jauh
belum dapat diterka
denai mana bakal ditempuh
ranjau mana bakal dicabar

di sana - hidup belum lagi pasti
langkah perlu diatur
iltizam perlu dipasak

jatuh - bangun
lumrah meniti duga
usah hilang tumpuan, mira
hidup mesti terus

rimanilzah
suwon - seoul, korea
28-29 03 2013

cinta di bawah kosong darjah selsius

dingin bertandang
meragut bimbang
kasih terbentang

kalau cinta perlukan bukti
yang ada hanyalah tulip
suci dan wangi

ina, cintaku cair
di bawah paras beku

rimanilzah
pulau nami, korea
26 03 2013

seoul dalam c major

maksud dibawa ke awan-gemawan
di awan tanda tanya gentayangan
dikutip satu-satu - lalu
dinanti jawapannya suatu ketika

kila, maksud mungkin tersasar
namun tujuan tetap terus
dan langkah jangan layu

kala nanti - raikan wijaya
dengan paluan nakara ria

rimanilzah
seoul, korea
30 03 2013

sebuah pesan dari tempat sejuk

´kita mesti terus hidup´
- dialog osman tikus dalam ´kembara seniman jalanan´

seutuh gunung itulah semangat
yang patut kukuh dalam dada, naim

biar hurikan membadai
lelaki kental tak akan
pernah mengalah - kerna
di tangannya dependensi

usah terbuai oleh sorga dunia
usah terperangkap dalam kepalsuan

yang leka akan hanyut - hanya
yang waspada tiba ke tempat tuju

rimanilzah
gunung sorak, korea
27 03 2013

Isnin, 4 Mac 2013

sajak buntu kala mata tak mampu lelap



ini malam memanjang
mengenang - kala kandil patah sumbu
kila, jangan diusung jawapan semalam
simpan dalam saku kalbumu

barang kali, ada kota di depan
kembaramu baru bermula
jangan gocoh menafsir peta
meredah mimpi penuh duri

3.18 pagi, 05-03-2013
bukit jana

Khamis, 28 Februari 2013

kila

hidup kita bukan untuk derita
juga derita tidak selamanya
jangan dibuang usia yang masih muda
agar tak kesal di hari muka

-                                                        - ahmad jais


ada langkah yang menghitung harap
pendek  dengan akal yang sinting – atau
panjang dengan sintar hikmah

boleh saja diredah mahu hati
tanpa fikir yang waras
kemahuan pun terisi
dalam kekosongan yang kosong

ada banyak pilihan di depan – lalu
mengapa dibidik ruang finit

ingat!

pasang pancang pacak di minda
tambatkan perahu azam di tebing waspada
sampai masanya pelayaran aktual kan tiba

pergilah!
dengan semangat kersani



rimanilzah
28-02-2013
bukit jana

hati batu

seketul batu di jalan
di alih ke tepi
untuk laluan pada
hati-hati yang mati

rimanilzah
26-02-2013
semanggol

Selasa, 19 Februari 2013

sajak cinta yang kejam


aku tikam cintanya
dengan belati
kemudian, kutaburkan
bunga sebagai tanda
takziah

19-02-2013
bukit jana

Isnin, 18 Februari 2013

sajak gadis berambut perang

kasihku bergulung-gulung
datang kepadamu tetapi
engkau tidak peduli

02-2013
bukit jana

Jumaat, 1 Februari 2013

tonil mimpi



dengan dendam yang tak padam
dia menikam gundah dalam diam
bara kata menyala dalam dadanya
tak terpadam oleh doa palsu peraih kuasa

"setidak-tidaknya sehingga kiamat
pilihlah kami kerana hanya kami
penyelamat akidah umat."

ladang mimpi terbakar
ladang mimpi terbakar
akhbar dan tivi tidak melaporkan
kerana bak bayi kecil
kita dilenakan dalam buai paling asyik

tidurlah!

rimanilzah

02-12-12

sajak pendek buat deepak




ini malaya -
kebenaran bukan fakta
kebenaran juga berparti

rimanilzah
bukit jana, kamunting

24-12-12

Isnin, 28 Januari 2013

reinkarnasi

kerikil di jalan tak pernah
bertanya - mengapakah hanya
debu-debu yang sudi singgah? dan
hujan telah lama tidak turun
bagai kalut yang tak terurus
masa yang panjang terasa singkat
ruang yang luas terasa terbatas.


sebuah jawapan tanpa soalan
terbiar nanar tanpa dipedulikan
- jika hidup memerlukan kata-kata
dia memilih diam - kerana setiap
kata ialah hukuman tanpa ampun.


tuduhan demi tuduhan pun terhunjam
menyelusup ke dalam tanah
kerna yang bernafas di bumi
enggan mengakui silap sendiri.


rimanilzah
bukit jana, kamunting
17-01-2013

kado buat zira



hidup ini bagai api
yang kita pilih gunanya apa
tanak juadah pengalaman
atau bakar bara dendam

tika usia membunga
boleh saja memilih
untuk mekar segar
atau terkulai
sebelum waktu

dan, setelah senja
mengherdik masa silam
yang tak kembali lagi

jangan begitu, zira
tarungi hidup ini
dengan jiwa kencana

rimanilzah
21-01-2013
selamat ulang tahun kelahiran ke-16