Khamis, 28 Februari 2013

kila

hidup kita bukan untuk derita
juga derita tidak selamanya
jangan dibuang usia yang masih muda
agar tak kesal di hari muka

-                                                        - ahmad jais


ada langkah yang menghitung harap
pendek  dengan akal yang sinting – atau
panjang dengan sintar hikmah

boleh saja diredah mahu hati
tanpa fikir yang waras
kemahuan pun terisi
dalam kekosongan yang kosong

ada banyak pilihan di depan – lalu
mengapa dibidik ruang finit

ingat!

pasang pancang pacak di minda
tambatkan perahu azam di tebing waspada
sampai masanya pelayaran aktual kan tiba

pergilah!
dengan semangat kersani



rimanilzah
28-02-2013
bukit jana

hati batu

seketul batu di jalan
di alih ke tepi
untuk laluan pada
hati-hati yang mati

rimanilzah
26-02-2013
semanggol

Selasa, 19 Februari 2013

sajak cinta yang kejam


aku tikam cintanya
dengan belati
kemudian, kutaburkan
bunga sebagai tanda
takziah

19-02-2013
bukit jana

Isnin, 18 Februari 2013

sajak gadis berambut perang

kasihku bergulung-gulung
datang kepadamu tetapi
engkau tidak peduli

02-2013
bukit jana

Jumaat, 1 Februari 2013

tonil mimpi



dengan dendam yang tak padam
dia menikam gundah dalam diam
bara kata menyala dalam dadanya
tak terpadam oleh doa palsu peraih kuasa

"setidak-tidaknya sehingga kiamat
pilihlah kami kerana hanya kami
penyelamat akidah umat."

ladang mimpi terbakar
ladang mimpi terbakar
akhbar dan tivi tidak melaporkan
kerana bak bayi kecil
kita dilenakan dalam buai paling asyik

tidurlah!

rimanilzah

02-12-12

sajak pendek buat deepak




ini malaya -
kebenaran bukan fakta
kebenaran juga berparti

rimanilzah
bukit jana, kamunting

24-12-12