Khamis, 6 Mei 2010

buka dadamu, kawan

buka sedikit dadamu
buka sedikit sahaja
aku ingin menyeluknya
membuang titik hitam
dalam dadamu - yang
menutup ruang kebenaran

buka sedikit dadamu
buka sedikit sahaja
aku ingin menyentuhnya
meletakkan cinta - yang
memberikan cahaya
cahaya menerangi
agar kaukembali - kepada
perjuangan sebenar

06-05-10