tiba masanya
aku tidak lagi peduli
aku mahu menerjah angkasa
dan berkhalwat di bulan
di bulan
aku ingin bertafakur
mahu masuk ke dalam diri
mencari diri
(yang hilang dibawa angin sangsi)
jangan pernah bertanya
kerna aku tak punya jawapan
(kalaupun ada jawapan - biarlah kusimpan
untuk nanti kujadikan antidot)
rimanilzah
20-03-2013
bukit jana
Tiada ulasan:
Catat Ulasan