Jumaat, 1 Februari 2013

tonil mimpi



dengan dendam yang tak padam
dia menikam gundah dalam diam
bara kata menyala dalam dadanya
tak terpadam oleh doa palsu peraih kuasa

"setidak-tidaknya sehingga kiamat
pilihlah kami kerana hanya kami
penyelamat akidah umat."

ladang mimpi terbakar
ladang mimpi terbakar
akhbar dan tivi tidak melaporkan
kerana bak bayi kecil
kita dilenakan dalam buai paling asyik

tidurlah!

rimanilzah

02-12-12

Tiada ulasan: