juga derita
tidak selamanya
jangan
dibuang usia yang masih muda
agar tak
kesal di hari muka
- - ahmad jais
ada langkah
yang menghitung harap
pendek dengan akal yang sinting – atau
panjang
dengan sintar hikmah
boleh saja
diredah mahu hati
tanpa
fikir yang waras
kemahuan
pun terisi
dalam
kekosongan yang kosong
ada banyak
pilihan di depan – lalu
mengapa
dibidik ruang finit
ingat!
pasang pancang
pacak di minda
tambatkan perahu
azam di tebing waspada
sampai masanya
pelayaran aktual kan tiba
pergilah!
dengan semangat
kersani
rimanilzah
28-02-2013
bukit jana
Tiada ulasan:
Catat Ulasan