Ahad, 21 Disember 2014

(h)uj(i)an

aku kutip suara hujan
yang mencurah di pancur atap
buat membasah resah
harga barang naik - dan
pokok getah yang tak boleh ditoreh.

esok. kalau anakku bertanya,
"mahu makan apa?"
aku jawab,
"nanti ayah adu kepada buku tiga lima di kedai ah seng."

hujan turun lagi petang ini. 
moga anakku mampu lena
dengan alunan keroncong di perut
malam nanti.

tuhan, ini (h)uj(i)an - aku reda.

RN
kota basah
19-12-2012

Tiada ulasan: