daki hitam sejarah ini
tak mampu dibasuh - walau
dengan bergelen-gelen air mata rakyat
beribu-ribu orang boleh ditangkap
namun yang dipenjarakan - demokrasi
dan aku - tak tahu
mahu berikan tangis atau tawa
melihat perilaku rimba - di dewan mulia
ah!
(nasib kami kini bukan lagi di hujung undi)
semanggol
7 mei '09
Tiada ulasan:
Catat Ulasan