Jumaat, 5 September 2014

catatan sebelum tamat siaran

sebelum tivi tamat siaran, dia menonton dirinya di layar kaca. telanjang dan resah di ranjang. entah kisah apa yang memburu. entah mimpi apa yang mendatang. dia tak keruan. dalam titik binal - dia tak pernah peduli akan aturan. dia langgar semua kod larangan. hidup adalah untuk menentukan ketentuan. jadi tiada ketentuan yang menentukan ketentuan padanya. setelah tivi tamat siaran, dia bersiaran sendirian.

sekian.

RN
kota romantis