Isnin, 10 Februari 2014

nota awal februari

ada kalung duka yang melingkar leher pagi ini. aku rungkai dengan mencuba berlapang hati. jika semua jalan kita yang tentukan, tentulah tiada denai beronak duri. juga tiada gelombang yang menggugat navigasi. ada waktunya kita mesti akur dengan ketentuan dan cuba mencari ruang untuk mengubah keadaan semampunya.

hidup ini bukan rel kereta api tetapi sungai dengan liku-likunya, demikian kata awang had salleh.