Sabtu, 31 Ogos 2013

dia yang mencari faham

faham yang kita ada tak sama dengan faham yang orang lain ada
lain faham lain waham selalu membunuh mimpi meski cinta masih ada namun kehilangan makna
kita pun bermutasi - berharap punya kepak mahu terbang ke angkasa menjelajah bulan memetik bintang
hakikatnya, kita masih di bumi cuba mengatur mozek-mozek yang pecah agar bercantum semula bercantum dengan kasih seperti selalu-selalu
RN tapah 24-08-2013, 3.32 pagi